Budaya Membaca di Malaysia Satu Tinjauan Terkini

Write a review
RM40.00
Ask a question
Price in points: 40 points
In stock
+
“Bagaimana sibuk sekalipun, anda mesti mencari masa untuk membaca, jika tidak anda akan kalah dengan jalan kejahilan yang anda pilih sendiri.” ~ Confucius


Budaya Membaca di Malaysian: Satu Tinjauan Terkini merupakan hasil penelitan ilmiah tentang budaya membaca di Malaysia dari pelbagai perspektif. Terdapat pelbagai penulisan yang merangkumi budaya membaca dari sudut ekonomi, sosial, psikologi dan gender. Terdapat juga penilaian tentang isu-isu yang berkait rapat dengan budaya membaca seperti isu akses kepada bahan bacaan dan peranan perpustakaan. Buku ini dapat membantu memberi gambaran terkini kepada para penyelidik dan penggubal dasar budaya membaca di Malaysia.


Malaysia kini menghampiri halangan yang terakhir tetapi paling sukar dalam mengecapi kekayaan dan kemakmuran ekonomi; iaitu dalam membentuk sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan yang dianggotai oleh rakyat yang berfikiran kreatif, kritikal dan inovatif. Hasrat murni ini harus diletakkan sebagai tanggungjawab bersama oleh setiap individu. Tabiat membaca mampu dapat mempertingkat status sosio-ekonomi diri demi merealisasikan impian Malaysia untuk menjadi negara maju dan bersaing tinggi.



NOR FARIDAH ABDUL MANAF merupakan mantan Profesor Sastera Inggeris di Universiti Islam Antarabangsa. Beliau mendapat pendidikan BA (Hons) di Universiti Waikato, New Zealand, MA di Universiti Liverpool, United Kingdom dan PhD dari Universiti Flinders, Australia. Kajian beliau banyak menjurus kepada isu sastera pasca-kolonial, sastera wanita dan sastera Islam yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris.



ROHAIZA ROKIS merupakan Profesor Madya di Jabatan Sosiologi dan Antropologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau mendapat Ijazah Kedoktoran dari Universiti Bristol, England; Ijazah Sarjana dari Universiti Stirling, Scotland; dan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kajian beliau banyak menjurus kepada isu keusahawanan sosial dan kitar semula serta isu gender.



WAN NUR MADIHA BINTI RAMLAN merupakan Penolong Profesor di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Kepujian) dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris (UIAM), Ijazah Sarjana dalam bidang Kesusasteraan Inggeris dari UIAM, dan Ijazah Doktor Falsafah dari University of Adelaide di Australia. Bidang beliau banyak menjurus kepada sastera Australia dan pasca-kolonial.

No reviews found