Penulis : Lokman Hakim
Penerbit : Biblio Lit
ISBN : 189
Muka Surat : 9789670040035
Tahun Terbit : 2022
Berat : 0.24 kg
Harga : RM28
"Kota pengap itu ibarat tin kecil yang mahu dibubuh dunia di dalamnya. Ada tikus-tikus bergelut hingga mati terjerut akibat ekor masing-masing. Ada tikus-tikus bergelut hingga mati terjerut akibat ekor masing-masing. Ada kepercayaan yang tidak meyakini tin-tin lain demi mengagihkan dunia ke ruang setiap satunya."
"Dia tidak memahami kota pengap. Bahkan, dia sendiri menjauh kota pengap itu. Dia sedang memikirkan jalan agar tidak didesak masuk ke dalam kota itu kerana ramai sudah yang hilang akal sejak memasuki kota."
Menerusi "Pengap" dan 19 cerita lain dalam naskhah di tangan anda kini, Lokman Hakim membentangkan pembaca dengan kisah rencam persoalan, merentas masa, muncah latar dengan suasana. Gaya kepengarangannya yang deskriptif namun bersahaja - sesekali menjentik - memungkinkan beliau disenarai pendek bagi Hadiah Cerpen Komanwel musim 2019 yang lalu.
No reviews found