Membunuh Jebat menjadi hutang yang tidak tertebus oleh Tuah. Hutang yang terbeban menjadi legasi ratusan tahun. Tuah, Jebat dua ayam sabung yang dilagakan kerana semberono kesumat, kuasa, wanita, fitnah. Perlagaan yang tidak pernah usai, penuh intrig berlarut larut Justeru hakikat pertarungan yang adil hanyalah anganan yang wujud dalam mimpi.
Kisah ini jadi sebutan dan permainan penglipur lara zaman berzaman. Semua pihak ada pertaruhan dalam cerita ini. Tapi bagi Hasan, ia kisah penentuan hidup dan mati.
Maka, apakah kebenaran punya makna dalam mana-mana cerita?
No reviews found