"Kita ada segala yang kita perlukan untuk bahagia, tetapi kita tidak bahagia. Ada sesuatu yang tiada, yang menyebabkan hidup tidak lengkap. Aku melihat sekeliling. Yang benar-benar tiada adalah buku-buku yang telah aku bakar sejak sepuluh atau dua belas tahun yang lalu......
Sekian lama Guy Montag menjalankan tugasnya sebagai seorang ahli bomba, bukan untuk memadamkan api, sebaliknya membakar; buku dan rumah-rumah kediaman yang memiliki buku.
Pertemuan dengan Clarisse, seorang gadis yang aneh, telah membangkitkan sesuatu yang memberontak dalam jiwanya. Tatkala dia mula mempersoalkan kehidupannya yang kosong dan hubungan hambar dengan isterinya, Mildred, Montag mula terjebak dalam sebuah pengembaraan berbahaya menuju kesedaran.
Dengan bantuan Faber, seorang profesor tua, Montag bangkit berusaha untuk membebaskan diri daripada sistem yang menindas dan terpaksa menghadapi ancaman Anjing Pemburu, makhluk mekanikal ganas yang memburu sesiapa sahaja yang berani menentang.
Fahrenheit 451 adalah sebuah novel ikonik kesusasteraan Amerika Syarikat yang telah diangkat sebagai sebuah karya distopia klasik yang tersohor tentang pencarian identiti manusiawi, ketinggian nilai buku dan kesusasteraan serta keberanian untuk menentang arus kepatuhan dan keseragaman.
No reviews found