WANITA RAWA TERAKHIR

Write a review
RM30.00
Ask a question
Price in points: 30 points
9789672438229
Out of stock

Professor Dr. Nor Faridah Abdul Manaf adalah professor sastera Inggeris di Jabatan Bahasa dan Sastera Inggeris di AbdulHamid AbuSulayman Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau juga adalah penulis dwibahasa dan pernah menang beberapa hadiah sastera di bidang penulisan cerpen. Beberapa puisi dan cerpennya pernah terbit di New Zealand, Australia, Filipina, Hong Kong, Iran dan Amerika Syarikat. Dua koleksi puisinya, The Art of Naming: A Muslim Woman's Journey dan Travel Poetry, diterbitkan dalam tahun 2006 dan 2019. Novel ini adalah novel pertama Nor Faridah. Maklumat lain mengenai penulis boleh didapati di norfaridah.com.

------------

"Novel Wanita Rawa Terakhir karya Nor Faridah Abdul Manaf membawa mesej penting kepada generasi kini untuk menghargai perjuangan nenek moyang yang sanggup berkorban nyawa dan tanah pusaka demi kelangsungan kegemilangan kehidupan anak cucu di tempat baru pada hari kemudian. Serasi dengan natijah hijrah yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w., semangat hijrah itu menyerlah dengan keberanian menempuh apa jua cabaran kehidupan diterap di dalam novel ini." 

- Hasanuddin Md. Isa, Sasterawan dan Sejarawan Pahang.  

"Wanita Rawa Terakhir membelah penggeledahan sejarah salasilah Cempaka kepada Tupin Aishah. Nor Faridah Abdul Manaf memperkenalkan Rawa - rupa, persona dan bagaimana secara khas, wanitanya bertingkah saat berdepan dengan ragam siasah dan magis saka yang saling berbalah. Pengarangnya menyediakan ruang cerita, membaur imaginasi bersama-sama dalil rujukan penelitian tentang Rawa yang dijalankan." 

No reviews found