Dalam Dakapan Al-Quran

Write a review
RM38.00
Ask a question
Price in points: 38 points
Out of stock

Buku Dalam Dakapan Al-Quran adalah buku edisi kemaskini buku 25 Ayat Al-Quran Pilihan karya Hilal Asyraf, yang mengandungi tadabbur 25 ayat Al-Quran pilihan supaya dapat dijadikan refleksi dan titipan para pembaca, sebagai jentikan minda dan rohani, agar masing-masing kembali menilik peribadi dan keadaan sekeliling.

Buku ini bertujuan mengajak masyarakat memandang Al-Quran lebih dari sekadar bahan bacaan. Ada di antara kita yang membacanya setiap hari, ada juga yang membacanya semasa Ramadhan sahaja, atau mungkin ketika kemalangan dan bencana sahaja, mengikut situasi masing-masing. Buku ini adalah hasil inspirasi daripada seorang guru penulis, Dr. Muhammad Jamal, yang mengajarkan beberapa mata pelajaran berkaitan Al-Quran, di Yarmouk University. Beliau adalah anak murid kepada Almarhum Dr. Fadhl Hassan ‘Abbas, seorang ulama tafsir terkenal di Jordan yang sangat dihormati ramai.

Dr. Muhammad Jamal, antara kegemarannya ialah memberikan kerja kursus dalam bentuk tambahan maklumat. Beliau contohnya, akan memetik satu kalimah di dalam Al-Quran, kemudian menyuruh kami mencari pandangan ulama berkenaan kalimah tersebut, dan mencadangkan kepada kami beberapa buah buku untuk kami pilih sebagai rujukan. Pada satu hari, setelah kami menghantar kerja kursus tersebut, Dr. Muhammad Jamal berkata:

“Bagaimana? Bukankah seronok? Engkau pergi merujuk untuk mencari makna satu kalimah, dan engkau pastinya tidak akan hanya membaca berkenaan kalimah tersebut. Engkau akan membelek muka surat sebelum dan selepasnya bukan? Dan itulah dia manfaatnya kerja-kerja ini.”

Dengan semangat yang sama, penulis mengarang buku ini. 25 Ayat Al-Quran ini dipilih berdasarkan kebiasaan penulis menggunakannya. Jika anda seorang yang biasa membaca karya-karya penulis sebelum ini, mungkin anda akan terbiasa dengan ayat-ayat yang ditampilkan. Seterusnya penulis memilih Tafsir Fi Zilal Al-Quran, karangan Asy-Syahid Syed Qutb, bagi memetik ulasan beliau terhadap ayat itu, sebelum diteruskan dengan pandangan dan refleksi penulis pada ayat yang dibincangkan.

Apakah kita berada dalam batas panduan Al-Quran? Ataupun sebenarnya hidup kita sudah jauh tersasar?

Masa untuk kembali bermuhasabah.

No reviews found