Nasihat untuk Setiap Wanita yang Beriman

Write a review
RM25.00
Ask a question
Price in points: 25 points
978-967-16001-7-7
Out of stock

Isu berhubung dengan wanita sentiasa hangat diperkatakan sepanjang masa dan zaman. Hal ini boleh kita simpulkan betapa penting untuk kita memahami isu yang dibangkitkan bukanlah suatu picisan atau bersifat pinggiran. Perkara ini melibatkan maruah, harga diri dan pegangan kepercayaan seseorang wanita yang menjadikan perbualan dan perbincangan mengenai wanita senantiasa ditimbulkan wacananya.

• Setiap kelompok dan pendokong yang berusaha memperjuangkan hak dan nasib wanita biasanya mempunyai agenda mereka tersendiri terutama yang membabitkan gerakan ideologi. Terdapatnya dua kelompok yang ekstrem sama ada ekstrem supaya sifat semula jadi wanita adalah bebas dari sebarang ikatan dan adat, ataupun wanita ini sifatnya perlu dikawal sebagai kongkongan secara ketat agar mereka dapat dibersihkan dari bawaan sifat hina dan keji.

• Karya al-Syahid Shaykh Dr. Ramadhan al-Buti ini telah menyimpulkan beberapa persoalan genting dan penting yang dilalui oleh para wanita. Beliau telah menampilkan suatu bentuk simbiosis dan interaksi antara realiti hidup wanita dan pengamalan dalam agama. Di dalamnya Shaykh menujukan nasihat yang tepat seolah-olah beliau merasai dan menjiwai permasalahan yang dihadapi oleh kaum wanita.

• Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita sepanjang zaman adalah berbeza. Sementara pada era sekarang ini, bentuknya mungkin sama pada puluhan tahun kebelakang tetapi dengan situasi realitinya yang berbeza. Oleh itu, amat tepat apabila Shaykh al-Buti menampilkan perjawaban yang relevan bagi persoalan semasa kini.

No reviews found