Semenjak akhir tahun 2015, Mimi Salleh, seorang bekas wartawan telah menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke lokasi-lokasi tugasan dan kegunaan harian. Sepanjang tempoh itu, sembang santai di antara Mimi dan pemandu-pemandu e-hailing telah memberi perspektif menarik mengenai kisah rakyat Malaysia, yang atas pelbagai faktor, mencari pendapatan tambahan melalui e-hailing.
Buku ini memuatkan 30 kisah benar orang biasa-biasa yang berusaha melawan kesempitan kewangan dan tekanan kerja. Kisah peguam jenayah, bodyguard menteri dan penjual santan menjadikan cerita-cerita di dalam buku “Rakyat Stereng Lawan Gawat”eksklusif.
Membaca buku ini kita akan memperolehi inspirasi bahawa dalam apa jua situasi ekonomi negara kehidupan harus diteruskan. Perkhidmatan e-hailing memberi peluang sesiapa sahaja untuk mendapat pendapatan tambahan.
No reviews found