Backpack India Punjab ke Kashmir

Write a review
RM25.00
Ask a question
Price in points: 25 points
Out of stock

Saya tak pernah terfikir nak ke India. Pernah saya jawab dengan tegas, saya takkan jejakkan kaki ke negara itu. Sesungguhnya manusia itu diuji dengan kata-katanya terutamanya yang terlebih yakin tu.

Saya setuju untuk ikut Anie dan Aina meneroka India selama sebulan. Tapi disebabkan ada halangan, saya cuma menyertai mereka berdua pada sembilan hari terakhir kembara mereka ke tanah air Salman Khan itu.

India adalah negara yang paling buruk pernah saya lawati. Tapi India jugalah negara paling indah dalam 16 negara yang pernah saya jejak sebelum ini.

Ada tempat yang paling kotor pernah saya lihat. Tapi di sebahagian daerah, ia begitu bersih sehingga ke belakang bangunan.

Saya juga berjumpa manusia gila seks semasa di sana tetapi tak kurang juga manusia jujur yang saya temui.

Semua negara pun begitu. Tetapi India ekstrem. Sama ada paling hebat atau sebaliknya.

Memang betullah tu. Incredible India.

No reviews found