“Telah datang satu zaman, perkataan seseorang dianggap sebagai satu kebenaran hanya kerana ukuran perkataan itu bergantung kepada besarnya jumlah like, view, share, retweet dan seumpamanya lagi. Dunia apakah ini?”
Naskhah hasil nukilan Ustaz Syaari Ab Rahman ini merupakan satu kompilasi yang merangkumi 30 pesanan khas buat diri kita semua dan boleh juga menjadi suntikan atau jentikan pada hati masyarakat agar tidak mudah terpedaya, alpa serta berbangga-bangga dengan ramainya jumlah followers di media sosial.
“…. Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan (siapa yang sebenarnya) orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Najm, 53: 32)
No reviews found