Keadilan Sebagai Kesaksamaan - John Rawls (Terjemahan: Justice as Fairness: A Restatement)

Write a review
RM40.00
Ask a question
Price in points: 40 points
9789671441886
Out of stock

Naskhah ini menghimpunkan syarahan-syarahan dalam bidang falsafah politik yang disampaikan oleh John Rawls di Universiti Harvard dalam tahun 1980-an. Syarahannya dalam rentang waktu itu menjadi satu penyataan semula terhadap teori “keadilan sebagai kesaksamaan”, yang disemak sebagai sangat bersesuaian dengan kajian terbaru dan juga bukunya, Political Liberalism (1993).

Seperti yang dinyatakan Rawls dalam kata pengantar, penyataan semula ini mempersembahkan, “Dalam satu keadaan—keterangan tentang keadilan sebagai kesaksamaan seperti yang saya lihat sekarang ini, berdasarkan semua hasil kerja (dahulu)”. Pengarang memberikan tinjauan luas garis utama pemikirannya dan juga mengkaji beberapa isu yang tidak pernah muncul dalam tulisannya yang lain.

Semenjak penerbitan buku A Theory of Justice (1971), idea-ideanya masih wajar serta mempunyai kekuatan tersendiri dalam perbahasan liberalisme. Buku ini menunjukkan bahawa satu kejelasan moral dapat dicapai walaupun komitmen kolektif terhadap keadilan itu berada pada tahap ketidakpastian.

No reviews found