Perempuan yang berbudi bukanlah bererti mereka yang sentiasa berkorban dan memberi.
Perempuan-perempuan ini;
Berimpian tinggi dalam membesarkan anak, di samping sibuk menguruskan keluarga. Sepertimana ibu Maryam.
Perempuan-perempuan ini;
Bekerja bersungguh-sungguh untuk memberi manfaat kepada orang lain, namun tetap menjaga kehormatan dan kemuliaan diri. Sepertimana dua perempuan Madyan.
Perempuan-perempuan ini;
Berani membuat keputusan dengan fikiran yang jelas dan kritikal, dalam memimpin dan mempengaruhi masyarakat di luar sana. Sepertimana Permaisuri Saba'.
Melalui buku ini, Ustaz Syaari Ab Rahman dan Puan Nurul Suhadah Shuib membawakan kisah-kisah perempuan dalam Al-Quran yang berbudi dalam pelbagai aspek dan relung kehidupan. Diharapkan melalui kisah-kisah ini, perempuan masa kini lebih yakin dan percaya bahawa setiap apa yang diusahakan mereka itu sesuatu yang bermakna di sisi Allah SWT.
No reviews found