Piawaian Tafwid: Mengekang Khalayak Awam Daripada Ilmu Kalam

Write a review
RM30.00
Ask a question
Price in points: 30 points
978-967-18100-3-3
In stock
+

Piawaian Tafwīḍ atau Iljām al-ʿAwām ʿan ʿIlm al-Kalām karya Abū Ḥāmid al-Ghazālī ialah panduan untuk berpendirian terhadap nas mutashābihāt daripada al-Quran dan hadith menerusi 7 langkah. Selain itu, al-Ghazālī turut menyatakan bahawa mazhab yang benar berhubung pendirian terhadap nas mutashābihah ialah mazhab para Salaf. Dakwaan ini berpaksikan burhān ʿaqlī dan burhān samʿī.


Perbahasan yang turut dibicarakan adalah semisal pengertian dan pembahagian bidʿah, hikmah dan matlamat nas mutashābihah, tingkatan kewujudan, tingkatan pembenaran (taṣdīq) dan hukum bertaqlid dalam aqidah. Jika diteliti secara mendalam, karya ini ibarat perincian lanjut bagi sebilangan perbahasan yang dinyatakan oleh al-Ghazālī dalam al-Iqtiṣād fī al-Iʿtiqād, Qānūn al-Ta’wīl dan Fayṣal al-Tafriqah.

No reviews found