Bagaimana Buku Mengubah Hidup Saya Antologi Esei 12 Bibliofil

Write a review
RM28.00
Ask a question
Price in points: 28 points
In stock
+

Apa itu bibliofil?

Bibliofil bermaksud pencinta buku; orang yang suka mengumpul buku atau meminati buku. Sejauh mana kecanggihan teknologi maklumat di hujung jari, buku tetap mendapat tempat di hati. Buku bersifat gedung ilmu bermetamorfosis pada bentuk luaran dan isi dalamannya selaras perkembangan zaman. Buku tidak sekadar menjadi hidangan ilmu sebagai muatan akal, malahan sebagai manifestasi yang menggeledah peribadi diri pembacanya.

Seorang pencinta buku tidak akan pernah membiarkan waktunya berdiam tanpa buku; bahkan ada pencinta buku yang sampai mati ditimpa buku - Al-Jahiz!

Bagaimana Buku Mengubah Hidup Saya: Antologi Esei 12 Bibliofil menghimpunkan 12 orang bibliofil dengan 12 adunan cerita dan pengalaman yang menggugah akal dan kalbu dalam mengakrabi buku. Ada buku yang merawat duka; ada buku yang menemani fasa mendewasa; ada buku yang mengubah hidup; ada buku yang menyebabkan jatuh cinta pada buku. Ikuti sorotan pengalaman pembacaan mereka yang pelbagai latar belakangnya dan rencam pemilihan bukunya. Daripada sekalian buku yang dibaca mereka, ada daripadanya yang terpilih menjadi buku istimewa untuk dikongsikan ceritanya kerana pengalaman unik pembacaannya yang telah merubah mereka bertumbuh menjadi manusia baharu.

No reviews found