Sejarah Ringkas Mazhab Ash’ari

Write a review
RM40.00
Ask a question
Price in points: 40 points
Out of stock

● Walaupun di Malaysia penganutnya bermazhab akidah Asha’irah, tetapi ramai yang tidak tahu mengenai sejarah perkembangan mazhab Ash’ari kerana kurangnya sumber rujukan tuntas berbahasa Melayu yang ditulis dan tersebar luas.

● Melalui buku ini masyarakat umum ataupun khususnya para pelajar mahupun para pendokong mazhab Ash’ari memperoleh manfaat besar kerana buku ini telah menyelesaikan tanda tanya mereka mengenai tokoh-tokoh penting dalam mazhab Ash’ari, karya-karya mereka dan bagaimana pesona mazhab Ash’ari ini mencirikan peradaban Islam di Barat dunia Islam (Maghribiyyah).

● Sejak kecil lagi kita sudah didedahkan dengan pembelajaran sifat 20 sehinggalah ke remaja dan dewasa. Bagi yang mendalami pembelajaran mereka akan ke pondok pengajian ataupun ke universiti. Namun, setiap kali pasti akan wujud pertanyaan dan rasa ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai sejarah perkembangan mazhab agung ini. Sekurang-kurangnya di mana boleh kita dapatkan bahan rujukan selain daripada lisan para guru yang mengajar? Bagi pelajar peringkat universiti pula, mereka pasti akan mencari-cari sumber rujukan yang tuntas dan tepat untuk dijadikan isi pembentangan dan seminar mereka.

● Oleh sebab kurangnya pengetahuan orang awam terhadap mazhab mereka sendiri, maka timbul keraguan mereka terhadap keutuhan mazhab ini yang sudah terbukti ratusan tahun lamanya dalam mendepani arus cabaran pemikiran semasa yang berlaku.

● Karya ini bukanlah semata-mata terjemahan statik yang kaku. malahan telah mendapat sentuhan dan sususan baru oleh penterjemah dan peringkasnya. Para pelajar khususnya tidak perlu lagi bersusah payah membuang masa mencari bahan rujukan yang berterabur di kitab-kitab rujukan yang banyak. Masa mereka dapat dijimatkan dengan panduan dan susunan kronologi dari silibus kitab ini. Malah, menyenangkan mereka membaca dalam rujukan berbahasa Melayu!

No reviews found