Rahsia-rahsia Puasa Imam al-Ghazali

Write a review
RM18.00
Ask a question
978-967-18976-5-2
In stock
+

Minimum quantity for "Rahsia-rahsia Puasa Imam al-Ghazali" is 1.

Penulis : Imam Al-Ghazali

Penterjemah : Muhammad Yusra Hulaimi

Penerbit : Biblio Press

ISBN: 9789671897652

Muka Surat : 56

Tahun Terbit : 2022

Berat : 0.24 KG

Harga : RM18


Namun, Islam tidak hanya datang sebagai penerus shariat terdahulu, malah memperkayakannya lagi. Jika shariat para Nabi terdahulu – terutamanya nabi-nabi yang dilantik daripada keturunan Nabi Ishaq – lebih menekankan aspek amalannya, dan shariat Nabi Isa pula lebih mementingkan aspek keruhaniannya, maka shariat Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengimbang antara kedua-duanya.

 

Intisari aspek luaran dan dalaman yang terdapat dalam shariat Islam inilah yang dibahaskan oleh Ḥujjat al-Islām Abū Ḥāmid al-Ghazālī (wafat 1111 Masihi). Dalam Kitāb Asrār al-Ṣawm ini, beliau membahaskan aspek-aspek dalaman amalan puasa sebagai tangga untuk penyempurnaan jiwa (tazkiyatun nafs) dan usaha menghampirkan diri kepada Allah (muqārabatiLlāh). Dalam erti kata lain, beliau membahaskan aspek taṣawwuf bagi amalan puasa. 

 

Puasa adalah sebuah ibadah yang mengandungi pelbagai hikmah dan keistimewaan tersendiri. Ia membolehkan seseorang untuk melatih diri, jiwa, dan nafsu. Dengan buku ini, semoga pembaca memperoleh intipati faedah berpuasa dan menyungguhkan hakikatnya sebagai penyucian diri.

 

 

No reviews found