Berfikir tentang Pemikiran - Syed Ahmad Fathi

Write a review
RM35.00
Ask a question
978-967-18949-1-44
Out of stock

Minimum quantity for "Berfikir tentang Pemikiran - Syed Ahmad Fathi" is 1.

Penulis : Syed Ahmad Fathi

Penerbit : Biblio Press

ISBN: 9789671854914

Muka Surat : 388

Tahun Terbit : 2020

Berat : 0.3 KG

Harga : RM35


Seorang pemuda (yang sekarang sudah dewasa) yang mempunyai pelbagai idea-idea mengenai hidup di luar kotak, mempunyai prinsip dan identiti yang jitu dan tidak pernah memaksa orang lain untuk mengikut kerangka pemikiran beliau. 

Buku ‘Berfikir Tentang Pemikiran’ pada asalnya ditulis oleh penulis bagi mengumpulkan pemikiran, pengalaman dan ilmu yang dikutip sepanjang mengikuti aktiviti dakwah dan tarbiyah di dalam pergerajan Islam di Malaysia. 

Buku ini juga memuatkan pemikiran-pemikiran hasil dari pembacaan dan juga isu-isu semasa. Antara isu yang dibincangkan adalah permasalahan dalam pergerakan organisasi Islam serta teori-teori sedia ada yang membentuk pemikiran beliau. 

Selain itu, buku ini turut membicarakan pelbagai sudut pandangan penulis berkenaan dengan politik di peringkat nasional dan antarabangsa, pengaruh dan peranan media dalam kancah pertarungan politik, pemikiran perihal kritik sosial dan juga kritikan terhadap model ekonomi dan pendidikan terkini, cabarannya dan penambahbaikan. 

Fokus buku ini adalah untuk mengajak pembaca menilai semula neraca fikiran dan berupaya untuk lebih berani berfikir dalam konteks yang lebih luas dan rencam.

No reviews found