Kombo Al-Ghazali (Empat Buku)

Write a review
RM80.00
Ask a question
Price in points: 80 points
In stock
+

Rasulullah bersabda: "Seorang yang bijak adalah yang membuat persiapan untuk akhiratnya.

Sebahagian daripada persiapan tersebut adalah dengan mengetahui apakah alam dan nasib yang menanti kita selepas mati.


Dalam karya Mutiara Ilmu Akhirat, Hujjat al-Islām Abū Hamid al-Ghazali memerihalkan suasana akhirat berlandaskan ayat-ayat al-Qur'an dan Hadith, serta singkapan-singkapan yang telah diilhamkan kepadanya melalui pengalaman ruhani.


Abū Hamid al-Ghazali merupakan seorang tokoh Islam yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Nama dan reputasinya terkenal dalam kalangan masyaraka Islam dan Barat, dengan nama Latinnya Algazel. Pun begitu, masih sangat sedikit buah fikirannya difahami secara sedar oleh masyarakat - terutamanya Muslim sendiri.



Hujjat al-Islām Abū Hamid al-Ghazālī (meninggal dunia pada tahun 1111 Masihi) merupakan seorang tokoh ilmuwan Islam yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kemasyhurannya sangat meluas sehinggakan meskipun masyarakat awam tidak mengetahui dan tidak pernah mengkaji pemikiran beliau namanya tetap dikenali, dan kedudukannya tidak dipersoalkan lagi. Selain itu, beliau juga merupakan seorang ilmuwan yang luas cakupan pengaruhnya, mempamerkan penguasaan dalam bidang ilmu agama yang pelbagai - figh, kalām, falsafah, dan tasawwuf. Bahkan, beliau juga memahiri beberapa cabang ilmu sains tabi'i seperti kosmologi, astronomi, dan lain-lain. Lagi, antara bidang ilmu lain yang dikuasai oleh al-Ghazali juga termasuk sains kemanusiaan seperti psikologi, falsafah moral, sejarah, dan juga sains politik.


Kombo ini mengandungi buku;


Nasihat Buat Pemerintah, Duhai Anak, Rahsia-Rahsia Puasa dan Mutiara Ilmu Akhirat.

No reviews found