Arus Politik Palestin merupakan satu analisis secara komprehensif pasang surut gerakan politik Palestin selama dua dekad khususnya di antara gerakan Fatah dan Hamas. Ia bermula daripada kematian Yasser Arafat dan Ahmad Yassin iaitu dua tokoh utama gerakan kemerdekaan Palestin daripada Fatah dan Hamas di tahun 2004 yang dianggap permulaan kepada kemerosotan gerakan pembebasan.
Dua dekad seterusnya telah muncul tokoh-tokoh baru seperti Ismail Haniyeh, Khaled Mash'al, dan Mahmoud Abbas yang membawa dimensi baru dalam politik Palestin. Haniyeh membawa Hamas menyertai Pilihanraya, terlibat mentadbir kerajaan, dan membina hubungan antarabangsa yang lebih terbuka.
Manakala usaha untuk mendapat pengiktirafan Palestin merdeka mendapat sokongan majoriti negara di dunia khususnya negara-negara Eropah, Amerika Latin dan Afrika. Manakala secara dalaman Palestin pula, Haniyeh berusaha gigih menyatukan parti-parti politik utama khususnya di antara Fatah dan Hamas. Kemuncaknya ialah Deklarasi Beijing iaitu penyatuan 14 parti politik Palestin di China. Genap seminggu selepas kejayaan tersebut, Haniyeh telah dibunuh.
Arus Politik Palestin menyimpulkan bahawa kematian tokoh tidak mematikan gerakan pembebasan, sebaliknya ia semakin berkembang dengan corak yang berbeza dan kesan yang lebih besar. Hal yang sama dijangka akan berlaku pasca pembunuhan Ismail Haniyeh yang dianggap kematian yang menghidupkan.
No reviews found