Aku Penakut Seperti Tikus Yu Hua

Write a review
RM30.00
Ask a question
Price in points: 30 points
Out of stock

Buku ini mengandungi tiga karya novel Yu Hua (余华), iaitu Aku Penakut Seperti Tikus, Satu Realiti dan Suatu Kebetulan. Kisah-kisah ini gelap dan penuh tragedi, mengisahkan hasrat membalas dendam yang terpendam di dalam hati manusia.  

Aku Penakut Seperti Tikus  

Yang Gao tidak pernah faham mengapa rakan-rakan sering memandang rendah terhadap dia. Mereka selalu memanggilnya “penakut seperti tikus” hanya kerana dia enggan melakukan perkara yang dicabari oleh mereka. Namun dia sentiasa merasakan hidupnya baik-baik saja. Dia tidak pernah terfikir untuk merungut walaupun dia bekerja paling tekun tetapi diganjari dengan upah yang paling kecil. Yang Gao tidak pernah sanggup melawan sebarang penghinaan atau pukulan daripada orang lain. Dia bukan takut, dia cuma tidak suka pertelingkahan. Sehinggalah suatu hari, tragedi yang menimpa ayahnya membuatkan dia mula memikirkan satu perkara: membalas dendam.  

Satu Realiti  

Pippi (4 tahun) membawa sepupunya yang berumur 1 tahun untuk bermain di luar rumah. Pippi tanpa sedar menjatuhkan sepupunya dan menyebabkan dia kehilangan nyawanya. Bertitik tolak daripada kejadian ini, pertelingkahan antara Shan Gang (bapa Pippi) dan Shan Feng (bapa kepada anak berusia 1 tahun) memuncak dan membawa kepada lebih banyak kematian dalam keluarga itu.  

Suatu Kebetulan  

Satu pembunuhan berlaku di Kafe Ngarai. Seorang lelaki berwajah lesu menikam rakan di sebelahnya dan dia segera menyerahkan diri. Setiap pengunjung di kafe itu disoal siasat sebagai saksi oleh polis dan dikenal pasti identiti mereka. Apabila polis memulangkan kad pengenalan mereka, kad Chen He dan Jiang Piao tanpa disedari telah tertukar. Bermula daripada menghantar surat untuk memulangkan kad pengenalan, kedua-dua lelaki itu terus berhubung sambil membincangkan motif pembunuhan di Kafe Ngarai, dan hubungan kedua-dua lelaki ini berakhir dengan satu lagi pembunuhan di kafe yang sama.   

No reviews found