Pasca COVID-19 dan krisis politik yang melanda negara, aktivisme mahasiswa dilihat mulai merudum dan hilang arah tuju dalam menentukan perjuangan mereka. Ia bahkan menjadikan semakin sukar untuk tentukan halatuju aktivisme mahasiswa secara sejagat apabila krisis yang berlaku ini telah mendedahkan masalah yang sebenarnya jauh lebih teruk daripada apa yang dijangka baik pada sudut ekonomi, sosial dan politik.
Menyedari situasi ini, buku “Mahasiswa Menjelang Tahun 2030” yang berada di tangan pembaca adalah sebuah percubaan untuk membudayakan wacana yang bersifat wawasan ke hadapan. Tujuannya agar kita dapat mula keluar daripada kemelut yang ada bermula dengan rasa percaya bahawa masa hadapan sentiasa menanti untuk dicorakkan; bukan dibiarkan. Juga untuk memperkayakan gagasan idea-idea perubahan yang boleh dilakukan; bukan berserah kepada takdir Tuhan.
Di dalam buku ini, seramai 15 orang penulis menawarkan idea-idea alternatif, impian, harapan dan cita-cita buat pembaca dengan hasrat untuk membina generasi baharu mahasiswa yang dapat mencorak nuansa aktivisme yang lebih segar sebelum tahun 2030.
Tahun 2030; tahun emas buat mahasiswa!
No reviews found