Anwar PM10: Airmata dan Sumpah Duri dan Ranjau Sebuah Perjalanan

Write a review
RM70.00
Ask a question
Price in points: 70 points
9786299774600
In stock
+

ANWAR IBRAHIM telah mengangkat sumpah pada 24hb November 2022. Tarikh keramat ini bakal dikenang oleh semua rakyat Malaysia yang menyimpan harapan agar susuk tubuh insan bernama Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia.


Buku ini adalah sebuah catatan yang mewakili segenap duri dan ranjau yang telah ditempuhi oleh Anwar Ibrahim dalam perjuangannya untuk mengubah dan mereformasikan Malaysia ke arah sebuah negara yang menjulang tata urus yang bersih daripada rasuah dan memberikan keadilan kepada semua rakyat yang bernaung di bawah satu negara Malaysia. Buku ini adalah kumpulan daripada 10 judul buku yang dikeluarkan oleh saya, yang di dalam buku-buku tersebut adalah naratif kepada perjuangan dan perjalanan Anwar Ibrahim untuk berjuang melawann setiap onak dan duri sehingga berjaya melangkah ke Istana Negara, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.


Dalam buku ini juga dikumpulkan catatan-catatan saya dan dan beberapa tulisan berkenaan rentetan peristiwa-peristiwa yang dilalui Anwar yang telah disiarkan di dalam Akhbar Siasah melalui Kolum 'Arus Bawah' dan juga lain-lain segmen yang berkaitan. Pelbagai pandangan, kritikan, nasihat dan komentar saya berkenaan politik tanah air terutamanya yang berkisar tentang turun naik Anwar Ibrahim dalam meniti liku-liku perjuangannya.


Pembaca akan dibawa kembali menyorot ke tahun-tahun hampir 32 tahun yang lampau di mana Anwar bergerak di dalam ABIM dan menubuhkan Gerakan Reformasi pada tahun 1998 yang menjadi tunjang kepada tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seterusnya memimpin gabungan Pakatan Harapan.

No reviews found