Mengharmonikan Agama dan Falsafah, Fasl al-Maqal

Write a review
RM30.00
Ask a question
978-967-18976-3-8
Out of stock

Minimum quantity for "Mengharmonikan Agama dan Falsafah, Fasl al-Maqal" is 1.

Penulis : Ibnu Rusyd

Penterjemah : Sophia Liebe

Penerbit : Biblio Press

ISBN: 9789671897638

Muka Surat : 123

Tahun Terbit : 2021

Berat : 0.3 KG

Harga : RM30


Buku ini adalah karya pengenalan yang sangat sesuai buat sesiapa yang berhajat untuk memahami manhaj pemikiran Ibn Rushd al-Andalusi. Karya ini boleh dikatakan sebagai 'batu asas' kepada karya-karya beliau yang lain dalam tema falsafah dan teologi, khususnya adikarya beliau Tahafut al-Tahafut. 

Buku ini diterjemahkan dengan tajuk mengharmonikan Agama dan Falsafah kerana demikianlah apa yang disuratkan oleh Ibn Rushd pada permulaan karya ini. Buku ini bukanlah seperti karya-karya pengantar kepada falsafah yang lain - yang kebiasaannya bertujuan untuk memberi pengantar kepada sejarah dan tokoh falsafah atau mencirikan setiap bahagian daripada pelajaran falsafah atau mengajak manusia untuk berfalsafah sepanjang pembacaan buku tersebut. 

Tetapi Fasl al-Maqal hadir bagi mengharmonikan tuduhan bahawa wujudnya percanggahan antara falsafah dan agama. Dalam konteks dunia intelektual pada masa dan tempat Ibn Rushd, tokoh-tokoh yang dibincangkan oleh beliau adalah seperti al-Farabi, Ibnu Sina dan al-Ghazali. 

No reviews found