Hati Salama berbelah bahagi. Adakah dia patut kekal di Syria untuk membantu mangsa tercedera atau pergi untuk menyelamatkan kakak iparnya yang sedang sarat mengandung? Dia sudah kehilangan seluruh keluarganya dan terus-menerus dihantui Khawf sebuah halusinasi yang muncul tatkala dia dihimpit kengerian. Setiap hari, traumanya menjadi bahan permainan Khawf. Dia dipaksa untuk segera meninggalkan Syria.
Digelumangi kematian dan kekerasan, Salama kagum melihat kekuatan rakyat Syria. Anak-anak kecil di ambang kematian masih mampu tersenyum. Tentera Pembebasan Syria yang kehilangan anggota badan enggan menyerah selagi kudrat mereka masih ada. Pekerja perubatan bekerja keras meskipun hari mereka sentiasa ditemani oleh mayat yang bergelimpangan dan kecederaan yang lebih menakutkan daripada ajal.
Bagi Salama, dia tidak akan pernah bahagia di sini, sehinggalah dia bertemu Kenan. Seorang jejaka muda yang sanggup membahayakan nyawanya demi Syria. Kenan masih memandang Syria sebagai sebuah negara yang dihiasi pelbagai rona kehidupan. Baginya, kebahagiaan tidak mustahil. Dialah sumber harapan Salama.
Namun, hidup di sebuah negara dalam peperangan bukanlah mudah. Setiap hari ada sahaja yang perlu dirisaukan. Mereka bagaikan hidup di dalam neraka dunia. Jadi, bagaimana patut mereka melalui kehidupan tatkala dikhianati kerajaan sendiri? Mampukah mereka terus cekal berjuang?
No reviews found