Imam Abdullah Hussaini

Write a review
RM60.00
Ask a question
Price in points: 60 points
Out of stock

"Teman yang paling baik ialah buku. Dia boleh menemani kita ke mana saja yang kita mau pergi. Dia teman yang paling setia,” Haji Mihad

Imam merupakan sebuah novel ditulis oleh Sasterawan Negara ke-8, Abdullah Hussain. Ia merupakan satu novel yang padat tentang isu-isu seperti pokok agama dan amalannya, pemikiran masyarakat Melayu Muslim pada tika itu, arah tuju sesebuah komuniti dan sebagainya.

Antara bab yang menarik minat aku ialah apabila berlakunya interbiu di antara Imam Mihad dan Majlis Agama yang mana sekumpulan suara kecil telah melakukan aduan terhadap imam tersebut berkenaan amalannya di Kampung Anggerik Desa. Majlis Agama mengandaikan bahawa Imam Mihad telah menyimpang jauh daripada pemikiran Ahli Sunnah Wal Jamaah Mazhab Syafie berdasarkan rekod pembelajaran imam itu di Indonesia. Imam Mihad menekankan tentang perpaduan umat adalah satu perkara yang mustahak seperti mana yang telah diperjuangkan oleh Syeikh Muhammad Abduh, Imam Hassan al-Banna, Ibn Taymiyyah dan seangkatannya. Mihad juga berpendapat bahawa komuniti seharusnya bersifat lebih kreatif, keterbukaan, responsif terhadap perjalanan sejarah dunia, inovatif, rajin dan berakhlak mulua yang ditekankan oleh Dr. Mahathir Mohamad pada tika itu. Mihad juga berkeras mengatakan bahawa orang kampung tidak seharusnya berharap pada bantuan kerajaan dan wakaf Hj. Salih semata-mata untuk terus hidup.

Walaupun begitu, panel majlis amat berat untuk menerima pemikiran itu dan terkesima apabila dikritik pedas oleh imam tersebut. Majlis beranggapan bahawa imam sepatutnya menjalankan kerja di masjid dan sekitarnya sahaja. Pembaharuan yang dilakukan oleh Imam Mihad dan orang kampung seperti pembinaan irigasi, penambahbaikan sekitar masjid, pembacaan teks khutbah sendiri (bukan milikan majlis) dan lain-lain merupakan satu perkara yang asing bagi komuniti pada waktu itu. Bidaah, ya itulah yang dinyatakan oleh kaum tua termasuk Majlis Agama. Imam Mihad mengandaikan bahawa pemikiran dan amalan orang Islam bukanlah ditentukan oleh Majlis Agama yang memilih untuk menolak elemen universal dan mengekalkan adat dan tradisi yang lapuk dan tidak sesuai dalam sebuah negara yang sedang berkembang maju. Imam Mihad menekankan bahawa Islam bukan pada Melayunya, akan tetapi ia tertakluk pada pemikiran dan amalan kepada Tuhan. Ia selari dengan petikan Ibn Khaldun yang telah diambil oleh penulis ke dalam novel beliau. Kata Ibn Khaldun “Most of the scholars in Islam have been non-Arab. It is a remarkable fact that, with few exceptions, most Muslim scholars both in the religious and in the intellectual sciences have been non-Arab teacher.” Petikan itu juga menuntut kepada perkembangan dan pengembangan umat Melayu Islam itu sendiri. Kata Imam Mihad, jangan kita hidup segan mati tak mau. Dan kita hanya menanti bantuan kerajaan dan bantuan orang lain sahaja tanpa berikhtiar untuk terus memajukan diri sendiri, keluarga, komuniti dan negara.

No reviews found