Mutiara Terjemahan John Steinbeck

Write a review
RM28.00
Ask a question
Price in points: 28 points
In stock
+

Novela klasik abadi, "The Pearl", salah sebuah hasil pena John Steinbeck (penerima hadiah Nobel dalam Kesusasteraan) yang masyhur, mengisahkan tentang seorang penyelam mutiara, Kino, yang hidup serba kekurangan di La Paz, sebuah perkampungan di tepi pantai Mexico. Musibah menimpa tatkala bayinya disengat kala jengking, namun tidak lama kemudian Kino menemui sebutir mutiara gemilang yang menjanjikan seribu nikmat dan kemewahan.


Penemuan mutiara gemilang oleh Kino telah membangkitkan pelbagai dilema dan permasalahan. Serakah, pengkhianatan, dan tekanan masyarakat yang kian hebat menguji keazaman dan kebijaksanaan Kino.


Steinbeck dengan mahir menganyam sebuah kisah berkisar harapan dan tragedi, meneroka tema-tema yang kekal relevan seperti ketidaksetaraan sosial, cita-cita, pertaruhan nasib dan perjuangan. Berjayakah Kino melindungi anak dan isterinya setelah muncul pelbagai onar dalam hidup mereka?


Adakah penemuan Mutiara Paling Mengagumkan Dalam Dunia suatu rahmat yang tak ternilai buat Kino, atau sebenarnya suatu kecelakaan yang durjana?


Sesuai dibaca oleh segenap lapisan usia, "Mutiara" ialah sebuah novela yang mampu menggetarkan fikiran dan memukau pembaca dengan pandangan mendalam terhadap sifat semulajadi manusia, menjadikannya karya yang wajib dibaca bagi mereka yang mencari pengalaman sastera yang kuat dan menjentik emosi.

No reviews found