Inteligensia Penyuluh Nusantara

Write a review
RM25.00
Ask a question
Price in points: 25 points
In stock
+

Pada zaman apa sekalipun, tradisi reformisme seringkali mendapat tentangan berganda kerana di kiri dan kanannya dihimpit oleh kebekuan dan kekakuan daya fikir untuk membawa perubahan. Jadi, apabila Inteligensia Penyuluh Nusantara datang menggempur wacana dengan idea-idea seperti Burhanuddin al-Helmy, Syed Sheikh al-Hadi, HAMKA dan lainnya, maka ia wajar disambut dan dibincangkan sekritisnya. Amat sayang sekali sekiranya inisiatif pembukuan wacana reformisme sebegini tidak disambut dan didiamkan, kerana apa lagi yang kita harapkan untuk perubahan boleh berlaku sekiranya masyarakat masih lagi selesa untuk menikmati kitaran hidup yang sama dan berada pada takuk yang lama tanpa berminat untuk mengusahakan apa-apa.

Buku yang seperti ini barangkali bukanlah sesuatu yang baharu, kerana telah didahului oleh banyak buku lain sepertinya. Tapi, wajar untuk disedari bahawa inisiatif sebegini adalah perlu diteruskan kerana kita tidak mahu sikap penghargaan terhadap idea dan tokoh hanya dilakukan apabila tokoh itu sudah tiada terus berulang.

No reviews found